HALAMAN UTAMA WEB WORDPRESS.COM

Undang-undang, Tidak Terhad Dengan Beberapa Definisi

Posted by Blog Malaysia di Januari 29, 2008

Undang-undang dalam politik dan perundangan, merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Biasanya ini adalah peraturan sesuatu negara. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda oleh mahkamah/polis. Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah negara tersebut supaya rakyatnya boleh hidup, bekerja dan bersosial antara satu sama lain. Kadangkala, undang-undang juga dibuat oleh sekumpulan orang yang berfikiran sama.

Undang-undang secara lazimnya ditadbir oleh suatu sistem mahkamah dimana hakim (kadangkala dengan bantuan juri atau lay magistrate) mendengar pertikaian diantara pihak, dan mengaplikasi satu set peraturan untuk memastikan satu keputusan yang adil. Cara dimana undang-undang ditadbir dipanggil sistem perundangan, yang lazimnya berkembang mengikut adat-adat sendiri sesebuah negara.

Kebanyakan negara mengharapkan polis untuk menguatkuasakan undang-undang. Pegawai polis lazimnya harus terlatih dalam penguatkuasaan undang-undang sebelum mereka dibenarkan melakukan sesuatu dibawah warna undang-undang, untuk mengeluarkan amaran berbentuk undang-undang dan petikan, untuk mengarahkan satu pencarian atau apa-apa lagi waran membuat penangkapan.

Pengamal undang-undang lazimnya mesti mendapat latihan secara professional dalam undang-undang sebelum mereka dibenarkan mewakili satu pihak dalam satu mahkamah undang-undang, merangka dokumen undang-undang, atau memberi bantuan guaman.

Di kebanyakan negara di dunia, undang-undang yang paling agung ialah di dalam bentuk Akta Parlimen. Di peringkat kerajaan negeri dan tempatan pula terdapat undang-undang seperti undang-undang negeri dan undang-undang kecil. Di bawahnya pula ialah satu sumber undang-undang yang dikenali sebagai “Common Law” yang berasal dari United Kingdom dan lazimnya digunakan di negara-negara Komanwel. Selain itu, di negara-negara Islam terdapat pula undang-undang syariah berdasarkan Al-Quran dan hadis. Sumber undang-undang yang lain termasuklah adat istiadat dan agama.

Sistem perundangan Common Law

Sistem perundangan Common Law adalah tradisi Inggeris berdasarkan keputusan-keputusan mahkamah yang dulu mengikat kes-kes seterusnya dengan pengamalan doktrin stare decisis. Perlulah difahami bahawa istilah Common Law adalah istilah teknikal dan bukan merujuk kepada makna literal. Sistem ini sekarang diamalkan di Ireland, United Kingdom, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Kanada (tidak termasuk Quebec), dan Amerika Syarikat) (negeri Louisiana menggunakan kedua-dua common law dan sistem perundangan sivil Napoleon). Sebagai tambahan, negara-negara lain seperti Malaysia, Pakistan, India dan Nigeria beroperasi berdasarkan campuran common law dengan undang-undang adat istiadat dan agama tempatan.

Sistem perundangan sivil

Sistem perundangan sivil adalah undang-undang berkod yang mengunapakai satu sistem peraturan komprehensif yang diaplikasi dan ditafsir oleh para hakim. Ia merupakan sistem perundangan yang paling meluas pengamalannya di seluruh dunia dengan 60% daripada penduduk dunia menduduki negara yang ditadbir oleh sistem perundangan sivil.

Apabila undang-undang sivil dirujuk sebagai sistem perundangan, maka konsepnya perlulah dibezakan dengan istilah undang-undang sivil (yang merujuk kepada jenis undang-undang)di dalam sesebuah negara.Sistem perundangan sivil adalah merujuk kepada sistem perundangan yang berasal daripada sistem perundangan Roman. Sistem perundangan ini diamalkan di kebanyakan negara Eropah. Manakala istilah undang-undang sivil (yang bukan merujuk kepada sistem) adalah merupakan undang-undang yang mengawal kegiatan sivil sesebuah masyarakat seperti undang-undang kontrak, undang-undang tanah dan sebagainya. Selalunya undang-undang yang mengawal kegiatan sivil sesebuah masyarakat dibezakan dengan undang-undang jenayah.

Pembezaan paling ketara sistem perundangan sivil dengan common law adalah bahawa secara lazimnya, hanya enakmen legislatif adalah mengikat dari segi undang-undang, tetapi bukan kes-kes duluan, kecualilah satu perkara yang serupa telah diputuskan oleh mahkamah yang lebih agung. Tetapi sebagai satu pengamalan yang praktikal, mahkamah-mahkamah biasanya mengikut keputusan mereka yang lalu. Tambahan pula, dalam sesetengah sistem perundangan sivil (sebagai contoh di Jerman), tulisan para cendakiawan undang-undang mempunyai pengaruh yang kuat keatas mahkamah-mahkamah.

Dalam kebanyakan bidang kuasa pusat undang-undang khusus adalah kodifikasi dalam bentuk kod sivil, tetapi di sesetengah bidang seperti di Scotland, mereka tidak pula dikodifikasikan. Sistem perundangan sivil sebagaimana dinotakan diatas mempunyai asas dalam undang-undang Rom, yang diamalkan oleh para cendakiawan dan mahkamah daripada zaman pertengahan Eropah. Kebanyakan sistem moden kini berbalik kepada gerakan kodifikasi abad ke-19. Kod sivil ramai negara, terutama bekas jajahan Perancis dan Sepanyol menyerupai Code Napoléon dalam sesetengah hal tetapi tidak untuk kawasan Eropah timur, Eropah tengah, Scandinavia dan negara-negara Asia timur. Dinotakan juga bahawa BGB Jerman diolah daripada undang-undang Rom dan tradisi perundangan Jerman sendiri, dan adalah satu pengaruh kepada kod sivil dalam negara lain.

Kepentingan Code Napoléon tidaklah boleh diperbesarkan kerana ia hanya merangkumi sesetengah cabang undang-undang khusus, dimana kod-kod lain pula mentadbir undang-undang koperat, undang-undang cukai dan undang-undang perlembagaan.

Sistem perundangan adat

Undang-undang adat istiadat adalah sistem perundangan yang telah berkembang mengikut acuannya sendiri dalam sesebuah negara dan telah diadaptasikan mengikut keperluan satu budaya. Notakan juga bahawa undang-undang adat juga boleh relevan dalam bidang kuasa mengikut tradisi perundangan lain dalam bidang atau subbidang perundangan dimana tiada enakmen legislatif yang wujud. Sebagai contoh, di Austria, para cendakiawan undang-undang khusus sering berkata bahawa undang-undang adat terus wujud, manakala cendakiawan undang-undang umum mempertikaikan dakwaan ini. Walau bagaimanapun, mencari contoh yang relaven dari segi praktikal adalah susah.

Sistem perundangan agama

Ramai negara mendasarkan sistem perundangan mereka yang berkait agama keatas kawalan agama itu sendiri, sebagai contoh ajaran dalam Mitzvah yang didasarkan agama Yahudi. Sistem yang paling dominan yang berbentuk begini adalah Syariah atau undang-undang Islam. Pada hari ini, undang-undang ini hidup dalam bentuk yang paling tulen hanyalah di Arab Saudi akan tetapi negara-negara Islam lainnya juga mengamalkan ia dengan campuran sistem perundangan lain, sebagai contoh Malaysia mengaplikasi sesetengahnya dalam perihal seperti perceraian dan pembahagian harta.

Halakha atau undang-undang Yahudi diikuti pengikut orthodoks dan pengikut konservatif Yahudi (dalam bentuk berbeza mengikut mazhab) dengan berkait kedua-dua segi agama disamping segi sivil. Akan tetapi berbeza dengan Syariah, tiada negara di dunia kini yang mengamalkan undang-undang Halakha dengan sepenuhnya, termasuklah Israel sendiri.

Pada peringkat yang lebih kecil, masih ada kawasan di dunia ini yang mengamalkan undang-undang kanun yang diikuti penganut Katolik serta Anglican dan satu sistem perundangan yang serupa diamalkan oleh Gereja Orthodoks Timur. Tetapi, undang-undang kanun Kristian hari ini berkait dengan agama sahaja, tidak seperti Syariah yang merangkumi segala aspek kehidupan seperti harta, kontrak, hubungan perdagangan dan perlindungan ganti rugi) serta undang-undang pentadbiran.

Sistem perundangan Sosialis

Sistem perundangan Sosialis (kadangkala dirujuk sebagai sistem perundangan Komunis) pula telah diamalkan di kebanyakan negara-negara komunis seperti bekas Kesatuan Republik Sosialis Soviet dan China akan tetapi sama seperti ideologinya semakim pudar dan lenyap ketulenannya. Kedua negara yang disebut ini kini lebih cenderung kepada perundangan sivil seperti kebanyakan negara lain.

Badan undang-undang

Dalam istilah yang paling meluas, badan undang-undang boleh di subbahagiankan diatas dasar dimana siapakah pihak-pihak kepada satu tindakan. Adalah selalu untuk bidang perundangan yang kelihatan berbeza mempunyai pertindanan.

Undang-undang khusus

Cabang undang-undang khusus dalam satu sistem perundangan merangkumi undang-undang yang mengawal pertikaian antara individu peribadi (bukan negara). Cabang ini adalah cabang paling komprehensif undang-undang kerana berkait dengan semua kecederaan bukan jenayah yang dilakulan oleh seseorang kepada orang yang lain. Undang-undang khusus boleh merujuk kepada undang-undang sivil, tetapi tidak boleh dikelirukan dengan sistem perundangan sivil yang diamalkan ramai negara.

Undang-undang antarabangsa khusus adalah lanjutan pertikaian diantara individu yang merentasi persimpadanan. Ia merangkumi kesemua kontrak perdagangan seperti bil-bil muatan (untuk perkapalan) dan hak-hak individu seperti warisan harta. Elemen penting undang-undang antarabangsa khusus masih belum dikodifikasikan (sebagai contoh lex situs – tempat wajar pemilikan harta) tetapi telah diiktiraf pelbagai negara dengan itu masih wujud sebagai undang-undang adat.

Apabila tafsiran undang-undang antarabangsa khusus berlainan antara bidang-bidang kuasa, muncullah konflik undang-undang.

Undang-undang umum

Cabang undang-undang umum, secara umumnya, adalah undang-undang dalam suatu sistem perundangan yang merangkumi organisasi undang-undang pelbagai cabang kerajaan dan institusi-institusi negara, disamping pertikaian diantara negara dan individu peribadi yang bermastautin dalam negara berkenaan. Negara boleh membawa tindakan undang-undang keatas orang untuk perbuatan jenayah mereka, disamping pelanggaran undang-undang regulasi. Undang-undang umum boleh dibahagikan kepada tiga subkatagori; undang-undang Pentadbiran, Perlembagaan dan Jenayah.

Berdasarkan prinsip yang sama, individu juga boleh menyaman kerajaan untuk sebarang kesalahan yang ia timbulkan keatasnya. Ini termasuklah dasar pelanggaran regulasi, legislasi dalam perkara yang tidak menjadi bidang mereka, atau pelanggaran hak seseorang individu. Poin kedua-dua yang akhir ini biasanya diberi perlindungan dibawah perlembagaan satu negara.

Undang-undang prosidur

Undang-undang prosidur mengenai kawasan perundangan yang berkait proses undang-undang. Ini merangkumi siapa yang boleh mendapat akses kepada sistem kehakiman, bagaimana suatu bantahan dihantar, dan apakah hak-hak pihak yang termibat. Secara lazimnya, ini dibawah dalam suatu kod prosidur sivil dan kod prosidur jenayah sesuatu negara. Akan tetapi ini juga merangkumi bukti yang menentukan apakah cara yang boleh digunakan untuk membuktikan fakta, disamping undang-undang berkenaan ganti rugi.

Undang-undang antarabangsa

Undang-undang antarabangsa adalah undang-undang berkenaan antara negara, atau individu-individu negara-negara berasingan, atau organisasi antarabangsa. Kedua-dua sumber utama cabang ini adalah undang-undang adat istiadat dan triti.

Falsafah perundangan

Falsafah perundangan adalah satu cabang falsafah yang mengkaji persoalan asas mengenai undang-undang dan sistem perundangan seperti “Apakah itu undang-undang?”, “Apakah kriteria untuk pengesahan undang-undang?”, “Apakah perhubungan diantara moraliti dan undang-undang?” dan persoalan-persoalan serupa lain.

Dalam tradisi Barat terdapat beberapa sekolah pemikiran tentang asas falsafah undang-undang. Pertamanya, terdapat undang-undang semulajadi, yang cuba untuk menerangkan undang-undang sebagai satu kualiti yang berada dalam manusia yang dianugrahkan oleh alam. Kedua, terdapat positivisme yang mempercayai bahawa undang-undang hanyalah seratus-peratus ciptaan manusia yang digunakan masyarakat untuk menjaga keamanan sosial. Ketiganya terdapat realisme undang-undang yang mempercayai bahawa undang-undang adalah satu peraturan yang dikenakan sesuka hati, berdasarkan kepercayaan dan kecenderungan para hakim sahaja. Intepretasisme undang-undang adalah satu teori kontemporari undang-undang yang berlainan daripada positivisme dan undang-undang semulajadi. Tradisi Timur juga mempunyai falsafah perundangan tersendiri seperti legalisme.

Antropologi undang-undang

Undang-undang mempunyai satu demensi antropologi. Ia telah diiktiraf ahli falsafah Montesquieu bahawa sehingga sekarang, undang-undang dibentuk oleh masyarakat yang diperintahnya. Satu kontinum dimana pelbagai masyarakat boleh diletak membezakan “budaya undang-undang” dengan “budaya maruah”. Untuk mempunyai satu budaya undang-undang, masyarakat mesti berada dalam satu keadaan dimana ada satu kerajaan wujud yang penguasaannya adalah susah untuk dielak serta diiktiraf sebagai sah. Orang perseorangan mengambil pertikaian mereka kepada kerajaan dan agen mereka untuk penyelesaian. Keadaan ini dibezakan dengan budaya maruah dimana kepatuhan kepada hak dan barangan orang lain didasarkan ketakutan balas dendam yang mungkin menimpa mereka sekiranya mereka bertindak melanggarinya.

Budaya undang-undang mesti dijagai. Ia boleh menghilang dengan kepatuhan terhadap undang-undang yang beransur-ansur lenyap, yang berlaku sekiranya kerajaan terlalu lemah untuk menguatkuasakannya, ataupun larangan ketat yang cuba menghampuskan amalan-amalan yang telah sekian lama wujud dalam budaya atau subbudaya satu masyarakat (sebagai contoh, pengamalan dowri di India). Apabila satu budaya undang-undang lenyap, ada kemungkinan besar budaya maruah naik menggantikannya.

Perbezaan diantara budaya undang-undang dan budaya maruah adalah bersifat antropologi; ia tidak merangkumi falsafah perundangan atau satu sudut penglihatan dalaman undang-undang. Dalam budaya maruah, kebanyakan orang masih bersetuju bahawa undang-undang “masih wujud”. Para ahli falsafah undang-undang juga masih memanggil peraturan-peraturan mereka undang-undang untuk pelbagai tujuan.

Sejarah

Amalan undang-undang

Amalan undang-undang lazimnya dikawal oleh satu organisasi kerajaan atau satu badan regulasi bebas seperti persatuan peguam, majlis peguam, dan persatuan undang-undang. Untuk mengamalkan unang-undang, badan regulasi berkenaan mesti mengesahkan pengamal berkenaan. Biasanya ini memestikan pembelajaran undang-undang selama tiga atau empat tahun di fakulti undang-undang sesebuah universiti atau di sekolah undang-undang bebas. Kemudiannya, pelajar yang tamat pengajian undang-undangnya diberi ijazah Bachelor of Laws, Bachelor of Civil Law atau Juris Doctor. Selepas ini pula satu peperiksaan kemasukan (seperti kemasukan bar) perlu diduduki. Sesetengah negara pula mewajibkan satu lagi kelayakan vokasional sebelum seseorang dibenarkan mengamalkan undang-undang. Dalam kes dimana seseorang ingin menjadi barrister, ini akan bersambungkan Ijazah barrister-at-law diikuti oleh pengajaran oleh satu lagi barrister berpengalaman.

Ijazah undang-undang lajutan juga sering dikejari, walaupun meraka adalah ijazah akademik dan tidak diperlukan untuk pengamalan undang-undang. Ini merangkumi Master of Laws, Master of Legal Studies dan Doctor of Laws.

Selepas diakreditasi, seseorang peguam biasaya akan berkerja di satu firma guaman, dalam satu kamar sebagai satu pengamal sendiri, untuk satu kerajaan atau sebagai penasihat satu badan koperat. Satu lagi pilihan adalah untuk menjadi penyelidik undang-undang yang memberi perkhidmatan secara permintaan selidikan undang-undang melalui satu perkhidmatan komesial atau secara bebas. Ramai orang yang terlatih dalam bidang perundangan menggunakan ilmu mereka diluar bidang undang-undang secara keseluruhan.

Satu komponen signifikan kepada pengamalan undang-undang dalam tradisi common law melibatkan penyelidikan undang-undang untuk mengenalpasti situasi perundangan terkini. Ini biasanya merangkumi pencarian dalam loporan kes, periodikal undang-undang dan legislasi. Pengamalan undang-undang juga merangkumi penyediaan dokumen seperti rayuan mahkamah, taklimat yang berpengaruh, kontrak, surat-surat warisan dan amanah. Rundingan dan penyelesaian pertikaian juga merupakan sebahagian penting pengamalan undang-undang mengikut bidang.

Salah faham umum

Keadilan disamakan dengan undang-undang

Sebahagian masyarakat berpendapat keadilan itu adalah undang-undang dan undang-undang adalah adil. Sebenarnya jika dilihat daripada aspek definisi moden undang-undang, keadilan berbeza dengan undang-undang. Idealnya suatu undang-undang itu adalah adil. Namun realitinya undang-undang tidak semestinya adil. Sebagai contoh sesuatu rang undang-undang akan menjadi undang-undang yang sah apabila diluluskan oleh Parlimen. Namun, tidak semestinya undang-undang tersebut akan dirasa adil oleh semua ahli masyarakat. Walau bagaimanapun jika dilihat undang-undang daripada falsafah Undang-undang Islam, maka umat Islam yang berpengetahuan percaya bahawa Undang-undang Islam adalah adil kerana ia bersumberkan daripada Allah yang mempunyai sifat adil. Jika ada sebahagian manusia memandang Undang-undang Islam itu sebagai tidak adil, mereka sebenarnya tidak memahami hikmah disebalik Allah menetapkan sesuatu undang-undang Islam tersebut dan bukannya Allah berlaku tidak adil kepada manusia.

Undang-undang dibuat oleh peguam atau undang-undang boleh diubah oleh peguam

Sebahagian ahli masyarakat berdebat dengan peguam dengan mengatakan sesuatu undang-undang itu tidak adil. Perbincangan adalah sesuatu yang baik. Namun ada sampai suatu peringkat sebahagian ahli masyarakat seolah-olah mempersalahkan peguam berkenaan ketidakadilan sesuatu undang-undang seakan-akan persepsi mereka bahawa peguamlah yang membuat undang-undang ataupun peguam boleh mengubah sesuatu undang-undang sekiranya ia tidak adil. Seperti yang dinyatakan sebelum ini undang-undang dibuat oleh badan yang membuat undang-undang. Di dalam sistem pemerintahan berparlimen, maka undang-undang dibuat oleh Parlimen. Manakala sebahagian undang-undang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri. Ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri adalah terdiri daripada ahli-ahli politik yang memenangi pilihanraya sesebuah negara atau negeri.

Tidak memahami dan seterusnya tidak dapat membezakan undang-undang bersifat substantif dengan undang-undang bersifat prosedural

Ada ketikanya seseorang awam berjumpa peguam dan dengan yakin meminta peguam mengeluarkan saman terhadap seseorang lain yang katakanlah telah meminjam wang berjumlah RM10,000-00 tetapi masih gagal membayar pada waktu yang ditetapkan. Orang awam tersebut yakin bahawa dia akan menang kes tuntutannya kerana baginya adalah jelas orang itu meminjam daripadanya dan masih tidak membayar hutang. Namun orang awam tersebut hampa apabila diberitahu oleh peguam bahawa mungkin beliau tidak akan berjaya dengan tuntutan samannya. Kenapa boleh jadi demikian? Perkara begini berlaku kerana si orang awam tersebut hanya melihat daripada aspek undang-undang substantif iaitu haknya untuk mendapat wang yang telah ia pinjamkan kepada seseorang dan tanggungjawab seseorang itu untuk membayar balik wang tersebut manakala peguam pula melihat lebih menyeluruh termasuk peluang kejayaan tuntutan tersebut daripada aspek undang-undang prosedural. Sebahagian ahli masyarakat tidak menyedari bahawa terdapat undang-undang prosedural iaitu undang-undang yang mengawal bagaimana membuktikan sesuatu tuntutan seperti undang-undang keterangan dan undang-undang prosedur sivil. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu tidak dapat membuktikan tuntutannya seperti yang dikehendaki oleh undang-undang keterangan, maka seseorang itu mungkin akan gagal di dalam tuntutannya.

Kemenangan dan kekalahan sesuatu kes di mahkamah ditentukan semata-mata oleh peguam

Sebahagian masyarakat salah anggap bahawa menang atau kalah sesuatu kes di mahkamah ditentukan semata-mata oleh peguam. Sekiranya menang kes maka peguam yang mengendalikan kes itu dianggap handal. Sehingga ada juga kata-kata negatif (dalam konteks kes jenayah) bahawa peguam melepaskan orang yang telah melakukan kesalahan jenayah. Ada pula menyalahkan peguam secara mutlak jika kalah sesuatu kes sehingga boleh membawa kepada kesan negatif yang ekstrem seperti menyebabkan peguam itu dibenci, didendam malah mungkin dibunuh. Kedua-dua fahaman tersebut adalah silap. Memang benar peguam akan menggunakan pengetahuan dan kemahirannya untuk memenangi sesuatu kes namun ia masih dalam batas undang-undang. Peguam tidak boleh membuat sesuatu di luar batas undang-undang. Peguam terikat dengan peraturan-peraturan seperti undang-undang keterangan seperti “dengarcakap” (hearsay), “kebolehterimaan keterangan” (admissibility) dan sebagainya. Peguam hanya membantu menyampaikan undang-undang dan fakta (melalui saksi-saksi), namun yang membuat keputusan mutlak sama ada seseorang itu menang atau kalah, didapati bersalah atau tidak bersalah adalah terletak pada mahkamah yang membicarakan.

Apabila seseorang itu didakwa di mahkamah (terutama di dalam kes jenayah) maka orang itu adalah bersalah

Di dalam masyarakat Malaysia secara umumnya, apabila seseorang itu ditangkap dan didakwa, maka sebahagian masyarakat telah menganggap bahawa orang yang didakwa (juga dikenali dengan panggilan “tertuduh”) itu adalah bersalah. Sebahagian ahli masyarakat berpendapat demikian dengan menggunakan kaedah logik “simple” yang digambarkan dengan peribahasa Melayu “Takkan pokok bergoyang kalau tiada angin”. Maksud peribahasa itu di dalam kes seseorang yang didakwa ialah “takkan orang itu ditangkap dan didakwa kalau dia tidak bersalah”. Malangnya masyarakat kurang menyedari bahawa seseorang didakwa berdasarkan bukti yang diperolehi pada ketika itu. Namun banyak faktor lain yang perlu dipertimbangkan sebelum seseorang itu disabitkan bersalah oleh mahkamah. Mahkamah perlu menilai banyak faktor lain termasuklah juga adakah tertuduh difitnah, teraniaya dan sebagainya. Bayangkanlah sekiranya mahkamah tidak teliti lalu mensabitkan seseorang melakukan kesalahan membunuh orang dengan niat. Maka orang tersebut dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Apakah implikasinya jika setelah orang tersebut digantung, didapati kemudian ada bukti menunjukkan bahawa orang tersebut teraniaya oleh orang lain? Bolehkah nyawa orang yang digantung itu dikembalikan? Itulah di antara sebabnya di dalam kes-kes jenayah, mahkamah amat berhati-hati membicarakan sesuatu kes jenayah dan akan membebaskan tertuduh sekiranya mahkamah berpendapat pihak pendakwa gagal membuktikan kes.

Dikirim dalam Undang-Undang | Leave a Comment »

Sejarah, Istilah Dan Maksudnya

Posted by Blog Malaysia di Januari 29, 2008

Sejarah merupakan istilah generik untuk maklumat masa yang lalu seperti “sejarah geologi bumi”. Apabila berbincang mengenai bidang kajian, sejarah merujuk kepada sejarah manusia, yang mana berkenaan yang direkodkan mengenai masyarakat yang lalu.

Pakar sejarah menggunakan pelbagai sumber termasuk penulisan, atau bahan bercetak, temuramah (sejarah lisan), dan arkeologi. Pendekatan berbeza mungkin lebih biasa digunakan bergantung kepada tempoh masa kajian tersebut dibuat. Sejarah yang berlaku sebelum rekod manusia dikenali sebagai pra-sejarah.

Dikirim dalam Sejarah | Leave a Comment »

Istilah Politik, Maksud Dan Penerangan

Posted by Blog Malaysia di Januari 29, 2008

Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain.

Sains politik merupakan kajian mengenai tingkah-laku politik dan memeriksa kedapatan dan penggunaan kuasa, contohnya : keupayaan untuk memaksa kehendak seseorang kepada yang lain.

Genesis Biologi Politik

Politik wujud sebelum wujudnya ketamadunan manusia.

Kebanyakan primat hidup berkumpulan dan membentuk “hierarki dominans” ( dominance hierarchies ). Individu dengan status hierarki tinggi cenderung untuk merampas kawasan, makanan, dan peluang mengawan daripada individu yang mempunyai hierarki yang lebih rendah. Dengan itu lebih tinggi status seseorang individu lebih besar peluangnya untuk berjaya membiak dan mengawan dengan lebih kerap, selain mempunyai lebih banyak sumber untuk melabur bagi menjamin keturunannya terus hidup.

Hierarki ini tidak tetap dan bergantung kepada beberapa faktor yang berubah, antara lain ialah umur, jantina, kecerdasan, dan keagresifan.

Status juga bergantung kepada keupayaan untuk mendapatkan sokongan yang lain. Malah, keperluan untuk mengekalkan posisi dan pengetahuan masyarakat mungkin merupakan pencetus evolusi otak lebih besar bagi manusia.

Politik manusia awal berbentuk kumpulan kumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat (clan), dan suku kaum ( tribes )

Revolusi bandar

V.G. Childe menggambarkan pertukaran masyarakat manusia yang berlaku sekitar 6000 BCE sebagai Revolusi Bandar. Antara ciri-ciri tamadun baru ini adalah:

1. Penstrataan Institusi Sosial ( institutional social stratification(dominance hierarchy))
2. Jentera Khas bukan-agrikultur contohnya peguam. ( non-agricultural specialised crafts (including priests and lawyers) )
3. Percukaian
4. Penulisan

Kesemua ini memerlukan kawasan pendudukan yang padat – bandar.

Sementara perkataan, “Politik” diambil dari perkataan Yunani Polis yang bermaksud bandar. Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa politik berlaku dalam semua kegiatan berkumpulan. Ini termasuk kumpulan korporat, agama, akademik dan sebagainya, terutama kumpulan yang terkakang oleh sumber terhad dan mengandungi hierarki dominans ( dominance hierarchies ).

Strategi dan Falsafah

Penulisan politik boleh dibahagikan kepada 2 kategori. Kategori yang pertama ialah berkenaan bagaimana politik, dan yang kedua berkenaan “mengapa politik”.

Contoh ahli ahli penulisan strategi (kategori pertama) ialah Sun Tzu, Niccolo Machiavelli, dan George Washington Plunkitt. Manakala contoh ahli ahli falsafah pula (kategori 2) ialah Plato, Aristotle, Locke, Mills, Thomas Jefferson, Marx dan Mao.

“Politik” mungkin mempunyai maksud pejoratif, terutama sekali apabila digunakan di dalam kerja kerja dalaman sesebuah institusi. Dengan mengatakan sesuatu keputusan dibuat atas dasar politik akan memberi gambaran bahawa keputusan tersebut dipengaruhi oleh kepentingan runcit daripada objektif atau kebaikan bersama.

Politik merupakan satu cara untuk manusia mengkordinasi tindakan seseorang untuk kebaikan bersama (atau kebaikan individu). Apa yang membezakan politik dengan etika dan sosial ialah didalam politik terdapat banyak persoalan berdebat ( debated questions ). Kebanyakan ahli teori berpendapat untuk menjadi politik, sesuatu proses itu perlu menggunakan sedikit kekerasan kerana politik mempunyai hubungan rapat dengan konflik.

Memenangi suatu konflik politik bermaksud merampas kuasa dari satu kumpulan atau entiti dan memberikannya kepada kumpulan lain. Ramai akan bersetuju konflik politik boleh dengan mudahnya tumbang menjadi “zero-sum game”, dimana tiada yang dipelajari atau diselesaikan, melain menentukan “siapa menang, siapa tewas”:

Lenin berkata politik ialah siapa yang boleh lakukan apa kepada siapa ( Who could do what to whom ). Manakala, seorang ahli sains politik, Harold Lasswell pula berkata politik adalah siapa yang dapat apa, bila dan bagaimana ( who gets what, when and how ).

Ia juga mengenai bagaimana kita menyelesaikan pertikaian moral yang cukup serius sehinggakan ia membentuk ancaman gangguan masyarakat – dalam mana usaha sepenuh hati kepada proses perundingan atau diplomasi biasa cenderung mengurangkan keganasan – biasanya dilihat sebagai matlamat utama peradapan. Bernard Crick merupakan ahli theori utama pada pandangan ini dan juba idea bahawa politik itu sendiri hanyalah “ethik dilakukan dihadapan umum”, di mana institusi awam boleh bersetuju, tidak bersetuju, atau campur tangan bagi mencapai hasil akhir yang diingini atau proses menyeluruh yang lengkap.

Selain kerajaan, [kewartawanan |wartawan], kumpulan agama, kumpulan berkepentingan khas, dan sistem ekonomi mempunyai kesan terhadap sesuatu keputusan. Dengan itu politik menyentuh kesemua subjek ini.

Perkataan itu sendiri diambil dari perkataan Yunani bagi bandar, “Polis”, dengan itu istilah ‘Politics’. Gambaran apa itu Politik yang pertama di jumpai dalam Hesoid di mana ia dipetik, “Bagaimana cara terbaik manusia tinggal dalam bandar, dan dengan patuh kepada apa?”. (1) Ditulis semula, ia dibaca, “Bagai mana manusia mengatur haluannya?”. Bagi orang-oramg Yunani, ia adalah applikasi sebab untuk hidup. Politik adalah aturan masyarakat melalui sebab mencapai matlamat yang sama; seperti harmoni antara kelas masyarakat di Athens di bawah Solon, atau perniagaan dan perdagangan, atau bagi perperangan seperti Masyarakat Doric di Crete dan Sparta.

Pengarang pengkajian politik telah membayangkan dan mempengaruhi sistem politik di dunia. Niccolo Machiavelli menulis The Prince, analisa politik dalam sistem monarki, pada 1513, semasa tinggal dalam negara monarki. Karl Marx dan Friedrich Engels menerbitkan “The Communist Manifesto” pada tahun 1848, risalah yang berpengaruh besar dan dibaca dengan meluas yang membentuk asas bagi Socialism dan Komunism sepanjang abad ke 19 dan 20.

Hari ini, kebanyakan kajian mengenai politik tertumpu pada demokrasi, dan bagaimana bentuknya mempengaruhi keputusan yang dilakukan.

Selain dipengaruhi oleh masaalah besar ini, politik juga merupakan aktiviti masyarakat, dan dengan itu bergantung kepada angin fashion sebagaimana yang lain.

Ahli sains politik ialah ahli akademik yang mengadakan kajian terhadap aliran politik sesebuah negara. Mereka mengkaji pilihan raya, pendapat awam, kegiatan institusi (contohnya bagaimana badan perundangan berfungsi, dll), ideologi ahli atau persatuan politik, pengaruh ahli-ahli politik, dan sebagainya.

Di universiti-universiti Amerika Syarikat, Sains Politik dibahagikan kepada beberapa jurusan contohnya Politik Amerika (American Politics), Politik Perbandingan (Comparitive Politics), Hubungan Antarabangsa (International Relation), Undang Undang Awam (Public Law) dan Teori Politik (Political Theory). Sesetengah jurusan ini kadangkala bertindih dengan disiplin akademik yang lain seperti falsafah, undang-undang, sosiologi, antropologi, dan sejarah.

Dikirim dalam Politik | Leave a Comment »

Istilah Masyarakat Dalam Definisi Rakyat Malaysia

Posted by Blog Malaysia di Januari 29, 2008

Masyarakat (society) merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan komuniti manusia yang tinggal bersama-sama. Boleh juga dikatakan masyarakat itu merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu. Dari segi perlaksaan, ia bermaksud sesuatu yang dibuat – atau tidak dibuat – oleh kumpulan orang itu. Masyarakat merupakan subjek utama dalam pengkajian sains sosial.

Oleh kerana sesebuah masyarakat yang inginkan kestabilan memerlukan ahli-ahli yang sanggup menolong antara satu sama lain, maka ia perlu kepada nilai-nilai murni seperti kerakyatan, hak dan etika. Ini merupakan perkara asas untuk mencapai keadilan. Jika nilai-nilai ini gagal dipatuhi, orang akan mengatakan sesebuah masyarakat tersebut sebagai tidak adil dan musibah akan berlaku.

Perkataan society datang daripada bahasa Latin societas, “perhubungan baik dengan orang lain”. Perkataan societas diambil dari socius yang bererti “teman”, maka makna masyarakat itu adalah berkait rapat dengan apa yang dikatakan sosial. Ini bermakna telah tersirat dalam kata masyarakat bahawa ahli-ahlinya mempunyai kepentingan dan matlamat yang sama. Maka, masyarakat selalu digunakan untuk menggambarkan rakyat sesebuah negara.

Walaupun setiap masyarakat itu berbeza, namun cara ia musnah adalah selalunya sama: penipuan, pencurian, keganasan, peperangan dan juga kadangkala penghapusan etnik jika perasaan perkauman itu timbul. Masyarakat yang baru akan muncul daripada sesiapa yang masih bersama, ataupun daripada sesiapa yang tinggal.

Dikirim dalam Masyarakat | Leave a Comment »

Apakah Itu Kajian Geografi?

Posted by Blog Malaysia di Januari 29, 2008

Geografi merupakan kajian tentang lokasi dan variasi ruang dalam fenomena manusia dan fizikal di bumi. Perkataan geografi diambil dari perkataan Inggeris yang berasal dari perkataan Greek hê gê (”bumi”) dan graphein (”menulis” atau “menggambarkan”).

Geografi juga merupakan pelbagai buku sejarah berkenaan bidang ini, khususnya Geographia oleh Klaudios Ptolemaios pada abad ke-2.

Geografi lebih daripada pengkajian peta. Ia bukan hanya menyiasat dimana kedudukan di bumi, kadang kala digelar kedudukan di angkasa. Geografi mengkaji sama ada ia disebabkan oleh manusia atau secara semulajadi. Geografi juga mengkaji kesan perbezaan tersebut.

Alexander von Humboldt sering dikatakan sebagai bapa geografi moden. Namun sejarah geografi itu sendiri terlalu berpelbagai.

Geografi fizikal

Geografi fizikal adalah cabang geografi yang membincangkan tentang keadaan fizikal bumi. ia membincangkan tentang:

1. Bumi sebagai satu sistem
2. Batuan
3. Laut dan lautan
4. Iklim
5. Luluhawa
6. Ekosistem
7. Tumbuhan dan haiwan liar.

Geografi manusia

Aspek manusia pula merangkumi aspek ekonomi, politik, kebudayaan, meterologi dan ekologi bumi yang dipengaruhi oleh kegiatan manusia. Aspek manusia lebih tertumpu kepada sains kemasyarakatan. Ini memberi penerangan tentang cara-cara manusia menyesuaikan diri dengan alam sekeliling dan kesan-kesan kegiatan manusia.

Geografi persekitaran manusia

Pada ketika pelopor alam sekeliling (environmental determinism), geografi ditakrifkan bukan mengenai pengkajian hubungan ruang, tetapi mengenai kajian bagaimana manusia dan alam sekitar berinteraksi. Walaupun pelupur alam sekeliling berkurangan, masih terdapat tradisi geografer yang menumpukan hubungan antara manusia dan alam sekitar. Terdapat dua sub-bidang geografi alam sekitar manusia: ekologi kebudayaan dan politik (cultural and political ecology (CAPE)), dan kajian ancaman semulajadi.

Dikirim dalam Geografi | Leave a Comment »

Falsafah Dan Pemahaman Mengenainya

Posted by Blog Malaysia di Januari 29, 2008

Falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Perkataan falsafah dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Arab فلسفة yang juga berasal daripada perkataan yunani Φιλοσοφία philosophia, yang bermaksud “cinta kepada hikmah”. Secara umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

* Merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas
* Tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran

Sehingga kini, ahli-ahli falsafah masih belum mencapai kata sepakat mengenai takrifan falsafah. Malah ada yang mengatakan bahawa falsafah merupakan sesuatu yang tidak dapat ditakrifkan. Ini adalah kerana kita dapat berfalsafah tentang pengertian falsafah1. Maka dengan itulah kita akan menemui pendapat yang berbeza-beza mengenai takrif falsafah di antara ahli-ahli falsafah itu sendiri. Bagi rujukan umum, di sini kita hanya mengambil satu contoh takrif falsafah daripada Drs. Sidi Gazalba:

Berfalsafah ialah mencari kebenaran dari kebenaran untuk kebenaran, tentang segala sesuatu yang dimasalahkan, dengan berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat. Apabila seseorang berfikir demikian dalam menghadapi masalah dalam hubungannya dengan kebenaran, adalah orang itu telah memasuki falsafah. Penuturan dan uraian yang tersusun oleh pemikirannya itu adalah falsafah2. Daripada pendapat tersebut, rumusan dapat dibuat bahawa falsafah seharusnya ditanda dengan caranya iaitu berfalsafah, dan juga masalahnya iaitu persoalan falsafah. Maka hasilnya adalah karya falsafah.

Berfalsafah

Berfalsafah secara mudah dapat dimaksudkan sebagai memikirkan sesuatu dengan sangat mendalam. Tetapi, berfalsafah di sini bermaksud berfikir secara falsafah. Berfalsafah merupakan satu tanda yang penting bagi bidang falsafah. Ia boleh diibaratkan sebagai inti dalam falsafah. Berfikir secara falsafah ini harus mengandungi tiga ciri, iaitu:

* Radikal
Ini bermaksud bahawa berfalsafah merupakan corak pemikiran yang ketuntasan, yakni berfikir dengan sedalam-dalamnya sehingga kepada akar bagi sesuatu masalah.
* Sistematik
Berfikir sistematis ialah berfikir logik, yang bergerak selangkah demi selangkah dengan penuh kesedaran dengan urutan yang tersusun.
* Sejagat
Sejagat bermaksud umum. Dalam corak pemikiran ini, pemikiran tidak terbatas pada bahagian-bahagian tertentu, tetapi mencakup keseluruhan bagi sesuatu persoalan.

Ketika berfalsafah, seseorang itu tidak digalakkan untuk merujuk kepada sumber kewibawaan dalam menyelesaikan sesuatu persoalan. Sebaliknya, ia digalakkan untuk menjawabnya dengan hanya menggunakan akal sendiri. Contohnya, dalam menjawab soalan “Apakah YYY?”, seseorang itu tidak harus menjawab “YYY itu HHH kerana profesor T pernah mengatakannya”, tetapi sebaliknya dia harus menjawab soalan ini dengan jiwanya yang bebas secara “berfalsafah”.

Persoalan Falsafah

Persoalan falsafah ataupun masalah falsafah ialah topik yang dibincangkan dalam bidang falsafah. Ia boleh diibaratkan sebagai isi dalam falsafah. Persoalan falsafah sentiasanya disifatkan sebagai soalan yang sangat rumit, dan ia memerlukan pemikiran yang bersungguh-sungguh.

Sesuatu soalan itu akan menjadi persoalan falsafah apabila soalan itu tidak dapat diselasaikan melalui kaedah pengamatan ataupun kaedah sains. Biasanya, persoalan falsafah akan melibatkan persoalan tentang konsep, idealogi, dan juga pekara-pekara lain yang abstrak. Contoh-contoh persoalan falsafah adalah seperti di bawah:

* “Apakah kebenaran?”
* “Apakah Pemikiran?”
* “Apakah ilmu pengetahuan?”
* “Apakah cantik?”
* “Apakah Kehidupan?”

Bidang falsafah memberikan nilai yang tinggi kepada soalan yang baik, yakni soalan yang mempunyai nilai kefalsafahan. Ini adalah kerana soalan yang baik menjanjikan jawaban yang baik. Contohnya, soalan epistemologi yang ditanyakan pada zaman dulu-dulu seperti “apakah kebenaran?, apakah ilmu pengetahuan?” sebenarnya telah memajukan sains dan teknologi manusia.

Kategori Falsafah

Falsafah dapat dikategorikan 5 bidang berdasarkan persoalannya, iaitu:

* Metafizik
Bidang falsafah ini memikirkan tentang kewujudan.Contoh soalannya: Jenis benda yang wujud? Apakan sifat “semulajadi – nature” benda tersebut? Adakah sesuatu wujud tanpa pergantungan kepada deria manusia? Apakah sifat ruang dan masa? Apakah sifat akal dan berfikir? Apakah yang dikatakan manusia? Apakah yang dikatakan sedar? Adakah Tuhan wujud?
* Epistemologi
Bidang falsafah ini memikirkan tentang ilmu pengetahuan. Contoh soalannya adalah seperti: Adakah ada pengetahuan? Bagaimana kita tahu apa yang kita tahu? Bagaimana kita tahu terdapat minda yang lain?
* Etika
Bidang falsafah ini memikirkan tentang kemoralan manusia. Contoh soalannya:Adakah terdapat perbezaan antara tindakan bermoral dan tindakan yang salah ? Jika ada, apakah perbezaannya? Tindakan yang mana betul dan tindakan yang mana salah? Adakah nilai mutlak, atau perbandingan?Bagaimana seseorang itu harus hidup?
* Logik
Logik adalah satu bidang falsafah yang mengkaji penaakulan manusia.
* Estetika
Bidang falsafah memikirkan tentang keindahan. Contoh soalannya: Apakah itu indah?

Falsafah merupakan sesuatu yang diusahakan oleh setiap bangsa. Ini adalah kerana manusia secara semula jadinya mempunyai fitrah ingin tahu dan cenderong kepada kebenaran. Daripada itu tradisi falsafah terbina oleh kelompok manusia yang mengadakan pendekatan yang berbeza terhadap falsafah. Dalam sesuatu tradisi falsafah, anggotanya akan memupunyai minat yang sama dalam sesuatu persoalan falsafah dan juga mempunyai pengaruh yang sama daripada seseorang tokoh falsafah.

Perkataan “Falsafah” dalam konteks akademik Anglo-Amerika mungkin adalah sesuatu yang mengelirukan. Ia biasanya merujuk kepada tradisi falsafah daripada tamadun barat dengan mengetepikan tradisi falsafah daripada tempat lain. Masalah ini memnjadi lebih rumit lagi apabila didapati tiada perkataan “falsafah” yang wujud dalam tamadun China, Korea, dan Jepun sehingga abab ke-19. Daripada itu, pernah juga sarjana barat yang menyangka bahawa falsafah itu tidak pernah wujud dalam tamadun ini.

Secara kasarnya, falsafah boleh dibahagikan kepada dua tradisi, yakni falsafah barat dan juga falsafah timur. Bagi tradisi falsafah di Afrika, ia masih dianggap terlalu kabur dan asing bagi kebanyakan orang.

Falsafah barat merupakan satu tradisi falsafah yang laku untuk kawasan Eropah, Amerika termasuk latin Amerika, dan juga di Timur Tengah. Falsafah Islam biasanya termasuk juga ke dalam tradisi ini. Falsafah timur pula merujuk kepada tradisi falsafah daripada Benua India dan juga daripada timur jauh seperti China, Korea, dan Jepun.

Dikirim dalam Falsafah | Leave a Comment »

Apakah Itu Yang Dimaksudkan Dengan Diskriminasi?

Posted by Blog Malaysia di Januari 29, 2008

Diskriminasi merujuk kepada pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di mana layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan. Diskriminasi merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai dalam masyarakat manusia. Ia berpunca daripada kecenderungan manusia untuk membeza-bezakan manusia.

Diskrimasi boleh berlaku dalam pelbagai konteks. Ia boleh dilakukan oleh orang perseorangan, institusi, firma, malah oleh kerajaan. Terdapat pelbagai perlakuan yang boleh dianggap sebagai diskriminasi, perlakuan diskrimasi yang ketara adalah seperti berikut:

* Seorang peniaga enggan berurusan dengan seorang pelanggan berdasarkan kumpulan yang diwakillinya.
* Seorang majikan memberi gaji yang tidak setimpal dengan sumbangannya kepada pekerja berdasarkan kumpulan yang diwakilinya.
* Sebuah institusi pendidikan enggan menerima seorang pelajar, walaupun dia mempunyai kelayakan dan masih mempunyai kekosongan dalam institusi berkenaan, disebabkan individu berkenaan mewakili kumpulan tertentu.

Diskriminasi dianggap sebagai sesuatu yang tidak adil berdasarkan prinsip “setiap manusia harus diberi hak dan peluang yang sama”(Bahasa Inggeris: Equal Opportunity)

Jenis-jenis Diskriminasi

Diskriminasi adalah perlakuan buruk yang ditujukan terhadap kumpulan manusia tertentu. Berdasarkan sasaran, diskriminasi boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti dibawah:

Diskriminasi Umur
Inividu diberi layanan yang tidak adil kerana beliau tergolong dalam lingkungan umur tertentu. Misalnya, di negara Malaysia remaja sentiasa dianggap orang yang menimbulkan masalah sehingga timbul istilah “masalah remaja”.

Diskriminasi Jantina
Inidividu diberi layanan yang tidak adil kerana jantina mereka. Misalnya, seorang wanita menerima gaji yang lebih rendah dengan lelaki sejawatnya, walaupun sumbangan mereka adalah sama.

Diskriminasi Kesihatan
Individu diberi layanan yang tidak adil kerana mereka menderita penyakit atau kecacatan tertentu. Misalnya seorang yang pernah menderita sakit jiwa telah ditolak untuk mengisi jawatan yang tertentu, walaupun ia telah sembuh dan mempunyai keupayaan yang diperlukan.

Diskriminasi Ras
Individu diberi layanan yang tidak adil berdasarkan ras yang diwakili mereka.

Dikriminasi Agama
Individu diberi layanan yang tidak adil berdasarkan agama yang dianuti.

Dikirim dalam Diskriminasi | Leave a Comment »

Budaya, Pengertian Dan Definisi

Posted by Blog Malaysia di Januari 29, 2008

Secara amnya, budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan “budaya” yang bermaksud ” budi + daya “; yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain.

Ciri-ciri Budaya

* Budaya merupakan pengkongsian suatu masyarakat
* Budaya tidak dapat berpisah dengan bahasa.
* Budaya diperolehi melalui proses pembelajaran.

Dikirim dalam Budaya | Leave a Comment »

Bahasa, Penerangan Dan Takrifan Secara Umum

Posted by Blog Malaysia di Januari 29, 2008

Manusia telah cuba untuk mentakrifkan bahasa daripada beberapa segi. Contoh takrifan termasuk yang berikut:

1. satu sistem untuk mewakili benda, tindakan, idea dan keadaan.
2. satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan konsep realiti mereka kepada fikiran orang lain
3. satu sistem maksud yang dikongsikan antara mereka
4. satu kod yang yang digunakan oleh pakar linguistik untuk membezakan antara bentuk dan maksud.
5. satu ucapan yang menepati tata bahasa yang telah ditetapkan (contoh :- Perkataan , ayat, dan lain lain.)
6. satu penuturan yang akan dapat difahami oleh masyarakat linguistik.
7. pemikiran

Walau bagaimanapun, bahasa manusia merupakan erti utama yang dikaitkan dengan “bahasa”. Pengkajian tentang bahasa dipanggil linguistik, atau pakar bahasa.

Bahasa Manusia

Menetapkan perbezaan utama antara satu bahasa manusia dan yang lain seringkali amat sukar. Chomsky (1986) membuktikan bahawa sebahagian loghat Jerman adalah sangat hampir dengan loghat yang dikenali sebagai Belanda dan tidaklah terlalu berbeza sehingga tidak difahami langsung dengan bahasa yang lain yang dikenali sebagai Jerman.

Sesetengah suka mengaitkan bahasa dengan biologi, di mana tiada cara yang tepat untuk membezakan antara satu spesies dengan spesies yang lain. Namun, perkara yang paling sukar mungkin datang daripada interaksi antara bahasa dan populasi dengan perubahan (modification)

Linguistik

Untuk rencana lanjutan, lihat Linguistik

Linguistik mengkaji perspektif teori yang berbeza dalam bahasa manusia secara mendalam. Rencana mengenai Linguistik adalah rencana pengenalan yang berguna tentang bahasa.

Taksonomi Bahasa

Untuk rencana lanjutan, lihat keluarga bahasa

Bahasa di dunia telah dibahagikan kepada beberapa keluarga atau kumpulan bahasa yang mempunyai persamaan. Kumpulan utama ialah Bahasa Indo-Eropah, Bahasa Afro-Asiatik, dan Bahasa Sino-Tibetan.

Bahasa Buatan

Untuk lanjutan, lihat Bahasa Buatan

Satu daripada bahasa buatan dipanggil Esperanto telah dicipta oleh L. L. Zamenhof. Ia merupakan satu penyusunan dari pelbagai elemen daripada bahasa berlainan dengan matlamat untuk memudahkan belajar bahasa.

Sebahagian pakar bahasa, seperti J.R.R. Tolkien, telah mencipta bahasa dongeng, selalu untuk tujuan kesusasteraan. Satu daripada bahasanya dipanggil Quenya, satu bentuk Elvish. Quenya mempunyai abjad dan sebutan tersendiri dan dapat dipertuturkan oleh manusia.

Bahasa manusia yang berbeza-beza menyebabkan manusia cuba untuk menyelesaikannya dengan pelbagai cara. Salah satu caranya adalah dengan menggunakan komputer untuk menterjemah daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain. Aturcara sedemikian dikenali sebagai Terjemahan Mesin.

Terjemahan Mesin merupakan satu matlamat pakar komputer sejak awal lagi. Pada mulanya mereka menjangkakan bahawa ia dapat dilakukan dengan mudah tetapi malangnya matlamat ini lebih sukar dilaksanakan sehinggakan pada suatu masa hampir kesemua pakar komputer telah berputus asa untuk melakukannya. Bagaimanapun, pada masa sekarang beberapa aturcara penterjemah telah dijual secara komersial.

Bahasa Haiwan Bukan-Manusia

Untuk rencana lanjutan, lihat Bahasa Haiwan Bukan-Manusia

Walaupun istilah Bahasa Haiwan Bukan-Manusia digunakan, banyak pengkaji bersetuju bahawa bahasa haiwan tidaklah serumit bahasa manusia. Sesetengah pengkaji berpendapat terdapat perbezaan ketara antara bahasa haiwan dan manusia yang menyebabkan perhubungan antara kedua kumpulan ini sukar dilakukan.

Pengkaji yang lain pula berpendapat satu kesinambungan (continuum) wujud antara kaedah komunikasi semua haiwan. Hampir semua pengkaji bersetuju bahasa manusia jauh lebih kompleks daripada bahasa haiwan.

Dikirim dalam Bahasa | Leave a Comment »

Agama Dan Pengertiannya

Posted by Blog Malaysia di Januari 29, 2008

Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Tetapi Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan.

Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia. Daripada itu, Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena seperti yang berikut:

* Perlakuan
seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara.
* Sikap
seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan anggapan suci dan bersih terhadap agama.
* Pernyataan
seperti jambi,mantera dan kalimat suci.
* Benda-benda material
yang zahir seperti bangunan.Contohnya masjid, gereja, azimat dan tangkal.

Salah satu lagi ciri agama ialah ia berkaitan dengan tatasusila masyarakat. Ini bermakna agama bukan sahaja merupakan soal perhubungan antara manusia dengan tuhan, malah merupakan soal hubungan manusia dengan manusia. Ciri-ciri ini lebih menonjol di dalam agama universal, daripada agama folk. (sila lihat dibawah)

Manusia yang tidak tidak mempercayai adanya tuhan dan menolak semua kepercayaan beragama pula dipanggil ateisme.

Jenis-jenis Agama

Agama boleh dibahagi kepada beberapa jenis menurut kriteria tertentu. Orang ramai biasanya menjeniskan agama kepada agama yang sahih dan agama sesat. Penjenisan mudah ini adalah subjektif, malah boleh mendatangkan perasaan tidak puas hati dalam masayrakat yang berbilang kaum dan agama. Dengan itu, agama haruslah dijeniskan berdasarkan kriteria yang zahir.

Dari segi penyebaran

Dari segi penyebarannya,sesuatu agama boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu:

* Agama Universal
merupakan agama-agama yang “besar” dan mempunyai minat untuk menyebarkan ajaran untuk keseluruhan umat Manusia. Sasaran agama jenis ini adalah kesemua manusia tanpa mengira kaum dan bangsa. Contohnya: Agama Islam, Kristian dan Buddha.

* Agama Folk
merupakan agama yang kecil dan tidak mempunyai sifat dakwah seperti agama universal. Amalannya hanya terhad kepada etnik tertentu. Contohnya: Agama Rakyat China/Taoisme.

Dari segi sumber rujukan

Semua agama menganggap ajarannya kudus. Kekudusan itu berpunca daripada satu sumber yang kudus juga. Dari segi sumber, agama-agama di dunia boleh dibahagi kepada dua jenis:

* Agama Bersumberkan wahyu.
Merujukkan agama yang menuntut dirinya sebagai agama yang diturunkan daripada Tuhan sendiri. Penurunan ini biasanya melalui seorang Rasul. Daripada itu, agama yang berkenaan menganggap ajarannya adalah kebenaran yang muktamad. Contohnya: agama Yahudi, Kristian, Islam.

* Agama Budaya.
merujuk kepada agama yang tidak menuntut kepada sumber wahyu. Agama ini mengabsahkan dirinya dengan merujuk kepada pelbagai sumber seperti pembuktian, tradisi, falsafah dan sebagainya. Contohnya: agama Buddha, Hindu.

Dari segi tanggapan ketuhanan

Agama-agama yang berbeza mempunyai pandangan yang berbeza mengenai Tuhan. Perbezaan ini mungkin dari segi nama Tuhan dan sifat Tuhan. Secara amnya, agama menurut penjenisan ini dapat dibahagi kepada 2 jenis.

* Agama Monoteisme
merupakan agama yang menganggap Tuhan hanya satu, yakni mendukung konsep kewahidan Tuhan. Contohnya, agama Islam.

* Agama Politeisme
merupakan agama yang menganggap bahawa Tuhan wujud secara berbilangan, yakni ada banyak Tuhan atau Tuhan boleh berpecah kepada banyak bentuk. Contohnya, agama Hindu, Agama Rakyat China.

Fungsi Agama Kepada Manusia

Dari segi pragmatisme, seseorang itu menganut sesuatu agama adalah disebabkan oleh fungsinya. Bagi kebanyakan orang, agama itu berfungsi untuk menjaga kebahagiaan hidup. Tetapi dari segi sains sosial, fungsi agama mempunyai dimensi yang lain seperti apa yang dihuraikan di bawah:

* Memberi pandangan dunia kepada satu-satu budaya manusia.
Agama dikatankan memberi pandangan dunia kepada manusia kerana ia sentiasanya memberi penerangan mengenai dunia(sebagai satu keseluruhan), dan juga kedudukan manusia di dalam dunia. Penerangan bagi pekara ini sebenarnya sukar dicapai melalui inderia manusia, melainkan sedikit penerangan daripada falsafah. Contohnya, agama Islam menerangkan kepada umatnya bahawa dunia adalah ciptaan Allah(s.w.t) dan setiap manusia harus menaati Allah(s.w.t).

* Menjawab pelbagai soalan yang tidak mampu dijawab oleh manusia.
Sesetangah soalan yang sentiasa ditanya oleh manusia merupakan soalan yang tidak terjawab oleh akal manusia sendiri. Contohnya soalan kehidupan selepas mati, matlamat hidup, soal nasib dan sebagainya. Bagi kebanyakan manusia, soalan-soalan ini adalah menarik dan untuk menjawabnya adalah perlu. Maka, agama itulah berfungsi untuk menjawab soalan-soalan ini.

* Memberi rasa kekitaan kepada sesuatu kelompok manusia.
Agama merupakan satu faktor dalam pembentukkan kelompok manusia. Ini adalah kerana sistem agama menimbulkan keseragaman bukan sahaja kepercayaan yang sama, malah tingkah laku, pandangan dunia dan nilai yang sama.

* Memainkan fungsi kawalan sosial.
Kebanyakan agama di dunia adalah menyaran kepada kebaikan. Dalam ajaran agama sendiri sebenarnya telah menggariskan kod etika yang wajib dilakukan oleh penganutnya. Maka ini dikatakan agama memainkan fungsi kawalan sosial.

Dikirim dalam Agama | Leave a Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.